Mei 18, 2024

Search
Close this search box.

PUTRAJAYA, 8 Mei 2017 – Pelajar dan pensyarah Senibina, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya memperolehi tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan Autodesk Malaysia Design (AMDC) 2016.

Datuk Dr. Mary Yap menyampaikan hadiah kepada Phuah Lin dan Dr Sharifah Salwa.

Pelajar tahun tiga Phuah Lin membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 manakala penyelianya Ar Ramli Jamaludin memenangi RM750 untuk tempat kedua, manakala pelajar tahun akhir Mohd Izzuddin Awang Junit menerima RM1,000 dan penyelianya Dr. Sharifah Salwa Syed Mahdzar memperolehi RM500 untuk tempat ketiga.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching di di Dewan Za’ba, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) di Putrajaya.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Senibina, Rekaan Industri dan Rekabentuk Media Kreatif di bawah tema 3D for Society – Dream, Design & Deliver.

Secara keseluruhan, lebih 500 penyertaan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dari seluruh negara telah diterima oleh pihak penganjur, Prestariang Sdn Bhd yang menganjurkan aktiviti ini dengan kerjasama KPT.

Explore More