JOHOR BAHRU, 30 Mac 2017 –Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) membawa pulang hadiah wang tunai RM1500 apabila muncul pemenang Terbaik Keseluruhan Pertandingan Reka Bentuk Model Jambatan 2017 kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Profesor Wahid (dua kanan) dan Profesor Khairul Anuar bersama dengan kumpulan ITS yang dinobatkan sebagai juara Terbaik Keseluruhan IPT.

Juara kategori sekolah SMK Bakong bersama Professor Wahid, Professor Mohd Ismail (dua dai kanan), Profesor Khairul Anuar (kiri) dan Prof Madya Abdul Rahman (kanan).

Universiti Sains Malaysia Universiti Sains Malaysia (USM) menduduki tempat kedua dan UTM di tempat ketiga.

Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakong, Sarawak mengungguli kategori sekolah dengan membawa pulang RM1500 diikuti Sekolah Menengah (SM) Teknik Johor Bahru di tempat kedua dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Hulu, Perak di tempat ketiga.

Bagi kategori Keringanan dan Keteguhan, ITS menduduki tempat pertama diikuti oleh UTM di tempat kedua dan tempat ketiga oleh USM.

SMK Bakong turut memenangi tempat pertama kategori Keringanan dan Keteguhan diikuti oleh SM Teknik Johor Bahru di tempat kedua dan MRSM Pengkalan Hulu, Perak di tempat ketiga.

Manakala Universitas Indonesia menduduki tempat pertama Kategori Kreativiti dan Kebolehbinaan diikuti Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas, Kelantan di tempat kedua dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di tempat ketiga.

Sementara itu, Sekolah Tun Fatimah (STF) menduduki tempat pertama diikuti SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur di tempat kedua dan tempat ketiga oleh SMK Tasek Utara, Johor Bahru bagi Kategori Kreativiti dan Kebolehbinaan.

Dalam Persembahan Poster dan Multimedia UTM menduduki tempat pertama dan kedua diikuti oleh KKTM Pasir Mas di tempat ketiga.

Kategori sekolah pula menyaksikan SM Teknik Kuala Lumpur menduduki tempat pertama dan ketiga dan SM Teknik Johor Bahru pula menduduki tempat kedua.

Bagi hadiah Juri, Sekolah Tinggi Kluang dan UTM muncul sebagai pemenang berdasarkan kepada spekfikasi dan rekabentuknya yang boleh digunakan untuk pembinaan jambatan sebenar.

Pertandingan selama tiga hari yang bermula 27 Mac menyaksikan sebanyak 152 pasukan mengambil bahagian, termasuk dari luar negara.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang di majlis penutupan yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, semalam.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ismail Abdul Aziz, Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam, Prof. Dr. Khairul Anuar Kassim dan Pengerusi Program, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Mohd. Sam.