September 24, 2023

FKM anjur Pertandingan Syarahan Bahan

Sabri Ahmad
Sabri Ahmad

Johor Bahru, 30 Mac 2017 РFakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Universiti Teknologi Malaysia (FKM, UTM) telah menganjurkan Pertandingan Syarahan Bahan (UTM- MLC (Materials Lecture Competition)  2017) buat kali ke-6 berturut-turut semenjak penganjuran pertamanya pada tahun 2012.

Pemenang UTM-MLC 2017 bersama Dekan SPS, UTM, Prof Dr Zaidatun Tasir (kanan hadapan), Prof Dr Esah Hamzah (kiri hadapan), Pengerusi UTM MLC 2017 dan para juri.

Pertandingan itu diadakan pada 19 Mac lalu bertempat di FKM dengan kerjasama Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UTM dan Institut Bahan Malaysia Bahagian Selatan (IMM) dengan Yayasan Minda menjadi rakan penaja.

Pertandingan itu terbuka kepada semua mahasiswa UTM yang berumur di bawah 28 tahun di mana mereka dikehendaki memberikan syarahan berkenaan Kejuruteraan Bahan selama 20 minit dan dikehendaki menjawab semua soalan yang diutarakan oleh pihak juri.

Program itu amat baik kerana dapat menjadi platform kepada mahasiswa untuk menonjolkan bakat mereka dalam bidang syarahan yang berbentuk teknikal dan dapat disampaikan dengan gaya persembahan yang menarik serta memberikan kefahaman yang jelas kepada juri dan penonton.

Penyertaan pada edisi ke-6 amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 17 orang peserta daripada pelbagai fakulti.

Mahasiswa Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Mekanikal Mohd Haziq bin Dzulkifli  telah mendapat tempat pertama yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh mahasiswa PhD Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga Norfadhilatuladha Abdullah dan tempat ketiga dimenangi oleh mahasiswa PhD SPS Siti Khadijah Hubadillah. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM 800 dan RM 500.

Juara UTM-MLC 2017 akan mewakili UTM ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Asia Pasifik Universiti, Bukit Jalil bagi meraih tempat untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di Perth. Australia.

Explore More