November 28, 2024

Search
Close this search box.

Fakulti Pendidikan lancar Green Office

 

UTM, JOHOR BAHRU, 7 MAC 2017 : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melancarkan “Green Office Month”  bersempena dengan inisiatif UTM dalam mewujudkan  budaya kampus lestari .

Profesor Dr Baharuddin melancarkan kempen Go Green.

Usaha itu selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara di mana satu daripada tujuh Strategi Hijau memberi fokus kepada kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada semua golongan masyarakat.

Majlis perasmian “Green Office Month”  itu telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pendidikan Prof. Dr. Baharuddin Aris dan seterusnya melancarkan beberapa kempen  seperti “Clean, Give + Go Green” dan “Stair Friendly”.

Prof. Dr Baharuddin merasmikan pelancaran Green Office.

Sempena majlis pelancaran  itu, beberapa pertandingan telah dianjurkan untuk semua staf dan mahasiswa Fakulti Pendidikan seperti pertandingan e-Poster yang bertemakan “Sustainable Development Towards A Greener Future”, “Green Ideas Bank”, “Three minutes talk” bertemakan memperkasakan persekitaran hijau, “Take a Selfie” dan pertandingan video pendek bertemakan “Let’s Go Green”.

Sepanjang tahun 2017, Green Manager Fakulti Pendidikan Dr. Dayana Farzeeha Ali bersama jawatankuasa Green Office Fakulti telah merancang pelbagai aktiviti menarik dalam usaha menarik minat dan memupuk budaya lestari dalam kalangan staf dan mahasiswa Fakulti Pendidikan.

Prof. Dr Baharuddin melancarkan kempen Stair Friendly.
Kempen Stair Friendly.

Antara aktiviti yang dirancang sepanjang tahun adalah Green Food Cooking Demonstration, Organic Kitchen Garden, Teaching Green, Seminar Hijau, Lawatan ke Industri berasaskan Teknologi Hijau, Car Boot Sale dan banyak lagi.

Jawatankuasa Green Office FP juga mengambil inisiatif mewujudkan laman web Green Office FP bagi berkongsi segala maklumat berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan oleh Fakulti Pendidikan. Segala maklumat berkaitan dengan aktiviti Green Office Fakulti Pendidikan boleh didapati di laman web http://educ.utm.my/fpgreenoffice/.

Pelaksanaan Program Green Office diharapkan dapat memberi nilai tambah dalam usaha mewujudkan persekitaran hijau di Fakulti Pendidikan.

Ini akan menjadikan UTM sebagai institusi yang kondusif dan ceria untuk proses pengajaran dan pembelajaran, di samping mewujudkan warga UTM yang mencintai alam sekitar.

Semoga program kesedaran seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan agar dapat memberi peluang kepada semua untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran kampus, rumah,komuniti setempat, masyarakat dan akhirnya di peringkat negara.

Explore More