April 18, 2024

Search
Close this search box.

152 pasukan sertai Pertandingan Reka Bentuk Model Jambatan 2017

JOHOR BAHRU, 27 Mac 2017 – Pertandingan Reka Bentuk Model Jambatan 2017 yang bermula semalam menyaksikan sebanyak 152 pasukan mengambil bahagian, termasuk dari luar negara.

Pelbagai jenis reka bentuk model jambatan dapat dilihat dalam pertandingan ini.

Penyertaan dari luar negara adalah kali pertama diadakan membabitkan 10 pasukan dari tiga buah negara Indonesia (8), Thailand (10 dan Filipina (1). Antara universiti yang menyertai perrtandingan berkenaan ialah  Universiti Jamber, Institut Teknologi Sepuluh Nopember, Universiti Sebelas Maret, Universiti, Diponerogo, Universiti Indonesia,  Universiti Gajah Mada, Universiti King Mongkut dan Univesity of the Philipines Diliman.

Manakala IPT tempatan yang turut mengambil bahagian termasuklah dari UTM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Univesiti Tenaga Nasional (UNITEN), USCI, Politeknik, Kolej Matrikulasi, INTI International University, Kolej Vokasional dan Kolej Kemahiran.

Sebanyak 72 pasukan sekolah dari Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Selangor, Pahang, Sarawak, dan Perak mengambil bahagian.

Pertandingan yang menawar hadiah keseluruhan RM27 ribu akan berkahir pada 28 Mac 2017.

 

Explore More