April 26, 2024

Search
Close this search box.

Projek Agro Tani galak staf bertani

JOHOR BAHRU, 5 Januari 2017 – Bagi menggalakkan kakitangannya melibatkan diri dalam aktiviti pertanian Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memperuntukkan sebidang tanah seluas tiga ekar untuk Projek Agro Tani.

Azmi di kawasan penanaman pokok Durian Belanda.

Selain dapat mengutip hasil, aktiviti bertani dapat meningkatkan kecergasan badan, menyuburkan minda dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan peserta di samping dapat mengatasi masalah tanah terbiar.

Matlamat Projek Agro Tani UTM diwujudkan bagi menggalakkan kakitangan universiti berfikiran entrepreneural selari dengan Pelan Global UTM iaitu kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan.

Pelbagai jenis tanaman ditanam oleh peserta Projek Agro Tani.

Setiausaha Projek Agro Tani UTM, Azmi Rais berkata, semua peserta program berkenaan adalah staf UTM dari pelbagai lapisan jawatan yang menunjukkan minat mendalam mengusahakan pelbagai jenis tanaman.

“Mereka terdiri daripada individu dan berkumpulan mengusahakan 55 lot tanah berhampiran Dusun UTM dan dikenakan bayaran sebanyak RM 300.00 setahun yang boleh diperbaharui pada setiap tahun.

“Proses memperbaharui tempoh untuk mengusahakan lot berkenaan bergantung kepada keaktifan peserta berdasarkan kepada pemantauan yang dilakukan oleh pihak kami,” katanya.

Azmi berkata, pihak universiti menyediakan khidmat traktor pembajak untuk kerja-kerja pembukaan tanah di samping bekalan air dan elektrik untuk memudahkan aktiviti pertanian.

Menurutnya pelaksanaan projek itu dijalankan dalam dua fasa yang membabitkan aktiviti penanaman pelbagai jenis sayuan dan dan bauh-buahan yang telah pun mengeluarkan hasil.

Antara sayuran dan buah-buahan yang ditanam ialah terung, kacang bendi, jagung, serai, ibu kayu, rock melon, durian belanda dan yang dijalankan secara konvensional dan fertigasi.

“Bagi menampung permintaan yang ramai dari staf yang berminat maka tambahan lot telah dipohon dan diluluskan oleh pihak universiti.

“Lot tambahan ini dinamakan sebagai fasa kedua yang mana aktiviti pertanian yang akan dijalankan berkisar kepada penternakan seperti kambing, lembu, ayam kampung, burung puyuh dan landak,” katanya.

 

 

Explore More