April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM dan KEJORA lancar aplikasi belajar bahasa Inggeris

KOTA TINGGI, 22 Februari 2016 – Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kejasama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melancarkan Program Informatik Pendidikan iCARE My English (iME@School) towards 21st Century Skills di Bandar Penawar.

Hjh Sumini menyampaikan buku kepada Pengetua SMK Bandar Penawar.

Ketua Projek, Prof. Madya Dr. Shahida Sulaiman berkata, program itu bagi meningkatkan minat dan keyakinan pelajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris menggunakan teknologi mudah alih.

Pelajar sekolah menunjukkan buku yang diterima.

Menurutnya, iCARE My English(iME@School) towards 21st Century Skills itu dicetuskan hasil dapatan kajian daripada pelaksanaan penyelidikan berasaskan komuniti atau Community Based Participatory Research (CBPR) oleh penyelidik UTM yang diketuainya.

“Kajian penggunaan pembelajaran mudah alih di kawasan luar bandar menggunakan iPad mini dan aplikasi berkaitan untuk menyokong pembelajaran khususnya bahasa Inggeris telah dilaksanakan bagi melihat impak program iME & iMA.

“Penggunaan aplikasi berkenaan sesuaikan digunakan di luar bandar yang mengalami masalah capaian internet dan hasil kajian menunjukkan aplikasi pembelajaran mudah alih adalah lebih menarik dan meningkatkan minat serta keyakinan pelajar dalam mempelajari bahasa Inggeris,” katanya.

Program Informatik Pendidikan iCARE My English (iME@School) towards 21st Century Skills disempurnakan oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Sosial & Kemajuan Desa, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Hjh. Sumini Mohd. Lahir.

Beliau turut melancarkan  buku ‘Strategi Asas Bahasa Inggeris : Strategi Mudah dan Berteknologi Maklumat’

telah berlangsung di Makmal Yayasan Iskandar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Penawar, dekat sini hari ini.

Hadir sama Dekan Fakulti Komputeran, Prof. Dr. Abd. Samad Ismail, wakil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi.

Dr Shahida berkata, program iCARE My English (iME) bermula pada 2013 serentak dengan iCARE Aim (iMA) dengan pemberian 30 unit iPad mini dan aplikasi terpilih sumbangan KEJORA  kepada sekolah menengah di wilayah berkenaan.

Fasa pertama iME@School melibatkan tiga buah sekolah iaitu SMK Bandar Penawar yang merupakan sekolah rintis bagi program berkenaan, SMK Tan Sri Jaafar Albar Tanjung Sedili dan SMK Bandar Mas.

“Program ini tepat pada masanya dalam menyokong usaha meningkatkan kemahiran abad ke-21 iaitu  Critical Thinking, Communication, Collaboration, Creativity dan mewujudkan minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi, terutama teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya.

Explore More