JOHOR BAHRU, 23 Februari 2017 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menangguh karnival udara ‘Mersing Fly-In & Air Carnival 2017’ yang dijadual diadakan di Lapangan Terbang Mersing pada 25 Februari 2017 bagi mempromosikannya sebagai hub perhubungan pelancongan.
Pengarah Karnival, Wan Zaidi Wan Omar berkata, keputusan itu diambil bagi memastikan prosedur keselamatan yang menjadi antara elemen utama dalam penganjuran karnival ditingkatkan seperti yang disarankan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE).
“Bersadarkan penilaian yang dilakukan oleh OSHE kami mengambil keputusan menangguhkan ‘Mersing Fly-In & Air Carnival 2017′,” katanya ketika ditemui hari ini.