April 24, 2024

Search
Close this search box.

Karnival udara di Mersing ditangguh

JOHOR BAHRU, 23 Februari 2017 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menangguh karnival udara ‘Mersing Fly-In & Air Carnival 2017’ yang dijadual diadakan di Lapangan Terbang Mersing pada 25 Februari 2017 bagi mempromosikannya sebagai hub perhubungan pelancongan.

Imej dari Google menunjukkan Lapangan Terbang Mersing yang terletak di tepi pantai.

Pengarah Karnival, Wan Zaidi Wan Omar berkata, keputusan itu diambil bagi memastikan  prosedur keselamatan yang menjadi antara elemen utama dalam penganjuran karnival ditingkatkan seperti yang disarankan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE).

“Bersadarkan penilaian yang dilakukan oleh OSHE kami mengambil keputusan menangguhkan ‘Mersing Fly-In & Air Carnival 2017′,” katanya ketika ditemui hari ini.

 

Explore More