April 18, 2024

Search
Close this search box.

Pensyarah UTM pemain terbaik catur MAKSAK 2017

KUALA LUMPUR, 24 Januari 2017 –   Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Nasrul Humaimi Mahmood muncul pemain terbaik kategori individu di papan pertama pertandingan catur berpasukan Fiesta Majlis Kebajikan & Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2017.

Dr Nasrul Humaimi (kiri) menerima hadiah kemenangan.

Beliau yang mewakili kontinjen Johor berjaya memungut lima mata apabila memenangi empat perlawanan dan seri dua kali sekaligus berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mengatasi 16 pemain lain dari seluruh negara.

Kedudukan terakhir selepas tujuh perlawanan yang berlangsung selama tiga hari telah menyaksikan pasukan dari kontinjen Sarawak muncul sebagai juara keseluruhan menjuarai kejohanan berprestij ini bagi semua kakitangan awam.

Kontinjen Johor pula terpaksa berpuas hati di tangga kelima walaupun telah mempamerkan permainan yang baik secara keseluruhan.

Dr Nasrul Humaimi (tiga dari kanan) bersama pasukan MAKSAK Johor.

Selain Dr. Nasrul Humaimi, terdapat dua lagi staf UTM yang mewakili kontinjen Johor iaitu Dr. Mohd Haizal Jamaluddin (Fakulti Kejuruteraan Elektrik) dan Siti Marlia Abd. Rahim (Perpustakaan Sultanah Zanariah).

Fiesta MAKSAK 2017 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 19 hingga 22 Januari lalu telah mempertandingkan tiga acara sukan iaitu tenis, catur dan karom serta melibatkan penyertaan seramai 800 anggota perkhidmatan awam dari seluruh negara.

 

 

 

Explore More