Mei 4, 2024

Search
Close this search box.

Lebih 260 pelajar sertai UTM@NICE’17 di Jelebu

JOHOR BAHRU, 18 Januari 2017 – Lebih 260 pelajar dari sembilan institusi pengajian tinggi dan kolej kemahiran yan diketuai oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyertai program khidmat sosial Negeri Sembilan Innovation and Integrated Community Engagement (UTM@NICE’17) bertempat di Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan.

Pelajar yang terbabit ialah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah, KPJ Healthcare Univerity College, INTI International University, Kolej Komuniti dan Giat Mara Jelebu.

Majlis penyerahan anak angkat dilakukan oleh Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur, Profesor Dr Durrishah Idrus pagi ini kepada 65 keluarga angkat yang menyertai program yang bermula mula hari ini hingga 22 Januari 2017.

Pada malam ini Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Merangkap ADUN Kawasan Pertang, Dato’ Hj. Jalaluddin Hj. Alias akan merasmikan program berkenaan.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah program yang berasaskan ekonomi, pendidikan, pemindahan teknologi dan bakti sosial seperti penuaian air hujan untuk mengairi sawah, ternakkan lebah madu kelulut, penyerahan computer, kursus motivasi, membaiki computer dan acara kebudayaan.

Majlis penutup akan diadakan pada 22 Januari dan akan disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Explore More