April 25, 2024

Search
Close this search box.

UTM tempat ke-2 pertandingan MyInovasi 2016

Kumpulan Turbulance memenangi tempat kedua.
Kumpulan Turbulance dari Fakulti Sains memenangi tempat kedua.

JOHOR BAHRU, 5 Disember 2016 – Acara kemuncak pertandingan MyInovasi 2016 peringkat kebangsaan telah diadakan pada 1 dan 2 Disember 2016 di Kementerian Pengajian Tinggi menyaksikan wakil Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meraih tempat kedua.

Kumpulan Turbulence yang dianggotai oleh lima pelajar Sarjana Muda Zains Fizik, dari Fakulti Sains membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 menerusi produk EZ Trap.

Johan sandang oleh kumpulan dari Universiti Kuala Lumpur (MSI) dengan produk inovasi Mesin Menoreh Getah.

Manakala kumpulan Enovasi yang dianggotai oleh lima oleh pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik mendapat saguhati hadiah RM1000 menerusi produk Jejak Anakku.

Pengarah Pusat Inovasi Pelajar (CSI), Dr Abd Rashid Hussein berkata, UTM turut memenangi hadiah wang tunai RM1,000 bagi penyertaan terbanyak kategori Universiti Awam dengan lebih 40 penyertaan.

Menurutnya, MyInovasi 2016 sebanyak 15 kumpulan dipilih ke peringkat akhir dari lebih 1100 penyertaan dari seluruh negara.

Kumpulan mendpat saguhati.
Kumpulan Enovasi dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik mendapat saguhati.

“Pertandingan ini bermula pada Julai 2016 dan semua ahli dari 15 kumpulan yang terpilih ke peringkat ahir dijemput menghadiri bengkel khas selama dua hari bersama Inovator negara Zulkifli Haron (Zull Design) untuk menambahbaik idea berkaitan produk inovasi mereka,” katanya.

MyInovasi 2016 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Lain Ching dan dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa) UTM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail Abd Aziz.

Produk EZTrap:

Inovasi baru dalam menyelesaikan masalah sinki tersumbat di mana dengan menambah satu takungan lutsinar dan ‘bypass’ paip, alat ini mampu mencegah masalah sinki tersumbat yang selalu berlaku di rumah-rumah, atau restoren. Produk ini berpotensi dijadikan retrofit kekal di perumahan-perumahan baru dan juga mudah untuk dipasang di restoran-restoran dan rumah-rumah sedia ada.

Produk Jejak Anakku:

Produk yang mempunya dua peranti elektronik ini menggunakan sistem point-to-point access system yang mana satu peranti dipasang pada anak dalam bentuk jam dan satu dipakai kepada ibu atau bapa. Apabila jarak anak dan ibu/bapa terpisah dalam jarak tertentu getaran dan bunyi dihasilkan pada jam yang dipakai ibu/bapa sebagai makluman awal bahawa anak sudah agak terpisah dari segi jarak. Ia dapat mengelakkan anak dan ibubapa terpisah terutama dalam keadaan orang ramai seperti pasaraya, pasar atau tempat tumpuan ramai.

Explore More