JOHOR BAHRU, 31 Oktober 2016 – Prof. Madya Dr Mohamad Kasim Abdul Jalil dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dilantik sebagai Pengarah Bahagian Rekrutmen dan Kemasukan Pelajar (SRAD), Pejabat Pendaftar Akademik berkuatkuasa 26 Oktober 2016.
Beliau dilantik untuk tempoh tiga tahun bagi menggantikan Profesor Dr Othman Che Puan yang bersara wajib.
Dr. Mohamad Kasim yang baru memulakan tugasnya telah mengunjungi Naib Canselor, Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar di pejabat beliau petang semalam bagi membincangkan mengenai hala tuju dan peranan SRAD dalam memajukan UTM.