Disember 20, 2024

Kembara Amal Anak Merdeka (PATRIOT’16)

Pelanjaran PATRIOT, 16 di Bandar Utama, Damansara.
Pelancaran PATRIOT, 16 di Bandar Utama, Damansara.

Program Kembara Amal Anak Merdeka (PATRIOT’16) berjaya mengumpul RM11,300 bagi mengisi Tabung Pahlawan anjuran mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Program yang berlangsung pada 14 September 2016 sehingga 18 September 2016 melibatkan lima buah negeri iaitu Wilayah Persekututan Putrajaya, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan anggaran laluan 2074.7 KM.

Program ini disertai oleh 180 orang peserta yang terdiri daripada 60 sukarelawan mahasiswa, 64 penunggang motosikal berkuasa besar (50 dari Gagasan Anak Malaysia Bikers (GAMB),  10 dari Biro Tatanegara (BTN) dan 5 dari Superbike Association Malaysia (SAM).

Tujuan PATRIOT’16 adalah untuk mengadakan Kutipan Amal Tabung Pahlawan, Kempen Pengibaran Jalur Gemilang, Kempen Kesedaran Kesihatan dan Kajian Patriotisme Jangka Pendek.

Selain itu mereka mengadakan aktiviti mendekati veteran angkatan tentara di beberapa lokasi dan menjalankan aktiviti memperbaiki rumah veteran angkatan tentera dengan kerjasam IM4U.

Sempena dengan itu, mahasiswa UTM bejaya mencatat rekod Malaysia Book of Record dengan menghasilkan bendera Malaysia terpanjang dengan menggunakan cap tapak tangan sepanjang 1,297.78 meter.

Kain untuk menghasilkan bendera terpanjang di Malaysia itu disumbang oleh Ahli Parlimen
Setiawangsa Yang Berhormat Datuk Ahmad Fauzi Hj Zahari.

Orang ramai boleh meletakkan cap tapak tangan di atas kain yang disediakan di destnasi yang menjadi persinggahan konvoi berkenaan.

Bendera terpanjang di Malaysia.
Bendera Malaysia dengan cap tapak tangan terpanjang di Malaysia.
Peserta PATRIOT' 16 bersama Pro Canselor UTM Tan Sri Salleh sebelum pelepasan di UTm Skudai.
Peserta PATRIOT’ 16 bersama Pro Canselor UTM Tan Sri Salleh Mohd Nor sebelum pelepasan di UTM Skudai.

Explore More