November 18, 2024

Search
Close this search box.

Mahasiswa UTM Bakal Cipta Rekod ‘Palm Print’ Jalur Gemilang Terpanjang di Malaysia

Jalur Gemilang

Kuala Lumpur, 19 Ogos 2016 : Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-59 Peringkat UTM dan Pra Pelancaran Kembara Amal Anak Merdeka PATRIOT’16. Majlis berlangsung di Dataran Ilmu, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh YB Dato’ Ahmad Fauzi Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa.

Majlis yang penuh gilang gemilang ini telah diserikan lagi dengan pelancaran Palm Print Jalur Gemilang Terpanjang di Malaysia, persembahan Silat Cekak daripada Persatuan Silat Cekak UTM, ‘War Dance’ & Pentomen daripada mahasiswa Universiti Pertahanan Malaysia dan perarakan perbarisan staf dan mahaiswa UTM.

Pelancaran Palm Print Jalur Gemilang Terpanjang di Malaysia ini diharapkan dapat memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan mahasiswa serta menggalakkan mahasiswa mereleasasikan idea inovasi mereka.  Penghasilan Palm Print Jalur Gemilang Terpanjang di Malaysia dengan ukuran sepanjang 3000 meter akan didaftarkan dalam Malaysia Book of RecordsPalm print ini dijangka akan melibatkan seramai 315,000 rakyat Malaysia dari beberapa destinasi terpilih tidak mengira umur dan kaum sekaligus dapat memupuk perpaduan dan  hubungan antara mahasiswa UTM dan komuniti.

Dalam majlis yang sama diadakan juga Pra-Pelancaran  Kembara Anak Amal Merdeka PATRIOT’16, iaitu Program Jati Diri Mahasiswa  yang akan berlangsung pada 14 September hingga 18 September. Kembara ini melibatkan 5 buah negeri iaitu Wilayah Persekututan Putrajaya, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Gagasan Anak Malaysia Setiawangsa. Pengisian program adalah konvoi sambil mengibarkan bendera Malaysia, Kempen Anak Merdeka, Kutipan Tabung Pahlawan,  Sambutan Malam Ambang Merdeka dan bermacam-macam lagi. Program ini turut mendapat sokongan padu daripada Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan  Parlimen Setiawangsa.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa semangat cintakan negara, Mahasiswa UTM amat prihatin untuk berganding bahu  merealisasikan hasrat tersebut.

Explore More