April 25, 2024

Search
Close this search box.

Pameran Kerjaya UTM 2015 Tawar Peluang Luas Menentukan Kerjaya

Johor Bahru, 31 Mac 2015 – Pusat Kerjaya Universiti Teknologi Malaysia (UTMCC) meneruskan legasi dalam menganjurkan Pameran Kerjaya bagi mendekatkan kerjaya dengan bakal graduan. Selain memberi peluang kepada bakal graduan untuk membina hubungan korporat dengan bakal majikan, Pameran Kerjaya ini turut bermanfaat kepada mahasiwa lain dalam mendapatkan maklumat tambahan mengenai peluang pekerjaan ataupun latihan industri.

Mendapatkan pekerjaan yang sesuai serta melalui proses temuduga adalah perkara yang mencabar bagi graduan yang baru menamatkan pengajian. Sehubungan itu, Pameran Kerjaya UTM 2015 merupakan platform yang tepat bagi membantu bakal graduan mendapatkan informasi secara terus daripada bakal majikan dalam satu tempat berpusat. Terdapat banyak organisasi yang berkumpul membantu bakal graduan bagi memperolehi maklumat dan membuat pilihan awal.

Pameran selama dua hari berlangsung di Dewan Sultan Iskandar (DSI) dengan penyertaan lebih 45 organisasi. Pengarah Program, Muhammad Fadzli Rosly berkata, organisasi yang turut serta termasuk UM Land Berhad, Schlumberger (WTA) Malaysia Sdn. Bhd., Dialog Corporate Sdn. Bhd., Maybank Bhd. dan Holcim Malaysia Sdn. Bhd.

“Bagi tahun 2015, tema yang dipilih ialah “Cintai Kerjaya Anda” dengan harapan memberi motivasi kepada mahasiswa untuk memilih kerjaya yang mereka minati. Walaubagaimanapun,  menentukan kecintaan seseorang dan skil yang mereka miliki untuk sesebuah kerjaya adalah proses yang mengambil masa. Temuduga dan tawaran kerja buat kali pertama merupakan titik tolak kepada kecintaan dan permulaan kerjaya seseorang. Dalam mengembangkan kerjaya, graduan diingatkan supaya berfikiran terbuka dengan pembelajaran berterusan dalam bidang kerjaya dan dalam membina jaringan hubungan dengan pihak professional di luar dan dalam lingkungan kerjaya.

UTM turut memberi peluang kepada industri yang terlibat untuk menetapkan tahap penerimaan mereka kepada graduan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh graduan agar lebih bersedia. Maklumat ini amat berguna bagi persediaan mental dan fizikal serta emosi bakal graduan sebelum memulakan kerjaya. Di Pameran Kerjaya UTM 2015, semua aspek ini ditawarkan bagi graduan membuat persediaan dan membuat pilihan yang tepat untuk laluan kerjaya mereka.

UTM-Career-Carnival-2015-551x367
Wakil penaja bergambar kenangan dengan Naib Canselor UTM, Prof. DAtuk. Dr. Wahid Omar.

Explore More