April 25, 2024

Search
Close this search box.

Malaysia Mathematical Modelling Camp (MMMC2015) Fokus Kepada Penyelesaian Masalah Numerik Industri

Johor Bahru, 30 Mac 2015 – Pusat Industri dan Aplikasi Matematik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM-CIAM) telah mengadakan kerjasama dengan Pusat Industri dan Aplikasi Matematik, Univerisit Oxford (OCIAM) bagi menganjurkan Kem Model Matematik (MMMC 2015).

Kem empat hari yang pertama kali dianjurkan di Malaysia mensasarkan himpunan graduan dari seluruh dunia bagi membincangkan permasalahan industri matematik di bawah seliaan pakar.

Pengerusi MMMC 2015, Prof. Dr. Ali H.M Murid berkata, kem ini menyediakan peserta pengalaman secara langsung mengenai permasalahan model matematik dalam industri melalui khidmat nasihat instructor berpengalaman.

“Program ini dirancang untuk mempromosikan skil penyelesaian masalah secara meluas seperti analisis dan model matematik, pengiraan saintifik dan penyelesaian penilaian kritikal.”

“Peserta yang berhadapan masalah akan diberi nasihat dan pandangan secara terus bagi mendapatkan jalan penyelesaian. Masalah yang diajukan juga adalah secara logic dan kerap timbul dalam jaringan industri. Kem ini akan bermula dengan perkongsian daripada mentor diikuti dengan perkongsian peserta dengan pengwujudan beberapan kumpulan bagi sesi penyelesaian masalah,” kata beliau.

Kem ini diinspirasikan oleh Pusat Kerjasama Aplikasi Matematik, Oxford (OCCAM) United Kingdom. MMMC 2015 mensasarkan lebih 70 graduan dari Universiti seluruh Malaysia.

Mentor jemputan terdiri daripada Prof. Dr. Robert Mckibbin (Universiti Massey, New Zealand), Prof. MAdya Dr. Troy Farrell (Universiti Queensland, Australia), Dr. Robert Style (Pusat Industri dan Aplikasi Matematik, Oxford), Prof. Madya Dr. Ali Hassan Mohamed Murid, Prof. Dr. Zainal Abdul Aziz, Prof. Madya Dr. K. K. Viswanathan (Pusat Industri dan Aplikasi Matematik, Universiti Teknologi Malaysia), Prof. Madya Dr. FAdhilah Yusof dan Prof. Madya Dr. Shamsudin Ahmad (Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia).

Penganjuran kem ini selari dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan Pelan Kebolehpasaran Graduan 2012-2017 yang menitikberatkan kebolehan pemikiran kritikal untuk bersedia dengan cabaran masa depan.

Kem ini membantu peserta menyiapan diri dengan kemahiran pemikiran di tahap tinggi agar graduan bersedia untuk bersaing dengan pasaran global. Ia juga akan menyumbang kepada pembangunan inovasi dan modal insan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan permintaan pekerjaan di dunia global yang kompleks.

Program ini berlangsung di Auditorium Al-Razi, T02, Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan (FBME) UTM Johor Bahru selama epat hari bermula 30 Mac hingga 2 pril 2015. Ia telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, Prof. Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz.

MMMC-2015-950x630
Peserta MMMC 2015 bergambar bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, Prof. Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz selepas upacara perasmian di FBME, UTM Johor Bahru.

Explore More