Disember 14, 2024

Search
Close this search box.

UTM-Penn State University Jalin Kerjasama Akademik dan Penyelidikan

Penn-State-University-Group-Photo-950x633
Prof. Dr. Nicholas P. Jones (tiga dari kiri) dan Prof. Dr. Michael Adebola Adewumi (dua dari kiri) bersama Yang Berbahagia Datuk Naib Canselor dan pengurusan Universiti ketika lawatan dari Pennsylvania State University ke UTM.

JOHOR BAHRU, 31 Mac 2015 – Pennsylvania State University atau lebih dikenali sebagai Penn State University merupakan sebuah Universiti terkemuka di Amerika Syarikat telah bersetuju menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang akademik dan penyelidikan. Prof. Dr. Michael Adebola Adewumi dalam lawatan ke UTM berkata, UTM merupakan rakan kerja yang berkepentingan memandangkan UTM memiliki kestabilan dan kepakaran dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi.

Para Dekan Fakulti dan Dekan Pusat Penyelidikan telah menghantar beberapa kertas cadangan untuk memastikan kerjasama ini terjalin. Langkah awal seperti mengadakan makmal dan bengkel secara maya, di mana perbincangan antara rakan fakulti dan penyelidik dari kedua-dua Universiti berlangsung, dilihat memberi impak positif.

Pertemuan itu juga telah membawa kepada perjanjian kedua-dua belah pihak untuk mengadakan bengkel yang dirancang sekitar bulan Ogos 2015 dan Februari 2016. Kedua-dua universiti bersetuju untuk melantik penyelaras bagi memastikan kelancaran program itu nanti. Di samping itu, Penn State telah membuka peluang kepada pelajar UTM bagi program pertukaran pelajar.

Pertemuan antara dua buah Universiti ini dilanjutkan dengan lawatan singkat ke Makmal Institut Pembangunan Bioproduk UTM, Pusat Komunikasi Tanpa Wayar, Pusat Penyelidikan Teknologi Maju Membran dan Institut Voltan Arus Tinggi.

Lawatan diteruskan dengan membawa delegasi Penn State ke Kota Iskandar sebelum berangkat pulang ke AS dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Explore More