Julai 27, 2024

Search
Close this search box.

TUN ABDULLAH AYUB MENERIMA ANUGERAH TERTINGGI BUKU NEGARA 2014

Majlis Penyampaian Anugerah Buku Negara 2014 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) berlangsung dengan jayanya pada 10 Disember dan 11 Disember 2014 bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra.  Majlis penyampaian ini diadakan bersempena Ekspo Buku Malaysia yang bermula pada 10–14 Disember 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra dan Persidangan Buku Antarabangsa pada 10–11 Disember 2014 juga bertempat di Dewan Tun Hussein Onn  anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).

Bagi Universiti Teknologi Malaysia anugerah yang diterima pada tahun ini melakar sejarah tersendiri apabila penerbitan biografinya berjudul “Tun Abdullah Ayub: Riwayat Seorang Pentadbir (Ketua Setiausaha Negara 1979-1981), terbitan Penerbit UTM Press oleh Fatini Yaacob dan Anna Abdul Ranee telah melayakkan Tun Abdullah Ayub dianugerahi Anugerah Perdana Tokoh Buku Tun Sri Lanang.  Anugerah ini merupakan anugerah tokoh tertinggi Anugerah Buku Negara yang pernah dianugerahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamed, Tun Ahmad Sarji dan Tan Sri Dato’ Seri Utama Rais Yatim.  Anugerah Tokoh Buku Tun Sri Lanang ini telah disampaikan oleh YABhg Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia  kepada Tun Abdullah Ayub dalam majlis yang penuh warna-warni pada 11 Disember bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.  Pada majlis yang sama turut hadir Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Timbalan Naib Canselor (P&P) mengiringi Tun Abdullah menerima anugerah tersebut, di samping turut menerima dua kategori anugerah industri.

Selain anugerah Anugerah Perdana Tokoh Buku Tun Sri Lanang, beberapa anugerah perdana yang lain telah disampaikan sehari sebelumnya oleh Tan Sri Dato’ Seri Utama Rais Yatim, Penasihat Khas Kerajaan bagi Hal Ehwal Sosial dan Budaya.  Antara anugerah tersebut ialah Anugerah Perdana Za’ba Tokoh Penulis diberikan kepada Sasterwan Negara ke-13, iaitu Dato’ Baharuddin Zainal  (Baha Zain), Anugerah Perdana  Tokoh Industri Buku Negara diterima oleh Mr Keith Thong, University Book Store Malaysia (UBSM), Anugerah Perdana Aminuddin Baki Penerbit Institusi (Agensi Kerajaan) digondol oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), dan Anugerah Perdana Rangkaian Kedai Buku Terbaik diterima oleh Kedai Buku 1Malaysia

 gambar terpilih1

Explore More