Disember 19, 2024

UTM KALAM Turut Menjayakan Hari Muzium Negeri Johor 2014

JOHOR BAHRU, 12 November 2014. Hari Muzium Antarabangsa disambut pada 18 Mei setiap tahun dan  akan diraikan oleh 102 negara di seluruh dunia. Sambutan ini telah diperkenalkan oleh International Council Of Museum (ICOM) sejak tahun 1977. Di Malaysia perayaan ini telah disambut dan dianjurkan oleh Persatuan Muzium Malaysia (PMM) dengan kerjasama muzium-muzium di seluruh Negara.

Yayasan Warisan Johor melalui Bahagaian Pemuziuman Yayasan Warisan Johor telah mengadakan Hari Muzium Negeri Johor pada 31 Oktober hingga 2 November 2014 di Kompleks Warisan Johor, Johor Bahru (dahulunya Kompleks Mawar ). Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu, (KALAM), Universiti Teknologi Malaysia telah diundang sama untuk mengadakan pameran bagi menjayakan majlis tersebut.  KALAM adalah satu-satunya organisasi bukan muzium yang dijemput mengadakan pameran memandangkan KALAM telah banyak menjalankan kajian terhadap tinggalan seni bina di negeri Johor.

Sepanjang pameran tersebut berlangsung, KALAM berkesempatan memperkenalkan beberapa bangunan yang mempunyai nilai seni bina dan sejarah yang tinggi disekitar negeri Johor melalui papan pameran dan model bangunan. Ia bertujuan untuk mendedahkan kepada umum tentang kepentingan menjaga seni bina warisan dan memartabatkan warisan seni bina sedia ada. Pameran ini telah mendapat perhatian pengunjung dari dalam dan luar negara yang amat berminat atas usaha KALAM dalam memelihara warisan seni bina yang mempunyai nilai estetik yang tinggi selain latar belakang sejarah yang menarik.

Image Gallery

Explore More