April 25, 2024

Search
Close this search box.

Pemurnian Strategi dan Program Pelan Global UTM 2012-2020

Bangi, 14 November 2014 : Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkumpul dalam Program LPU Retreat 2014 bagi pemurnian strategi dan program Pelan Global UTM 2012-2020 (Fasa II: 2015-2017) dan seterusnya menghasilkan draf akhir pelan tersebut.

Program yang berlangsung bermula hari ini bertujuan membentangkan perakuan dan cadangan strategi utama UTM serta inisiatif pilihan program atau projek Pelan Global UTM 2012-2020 (Fasa II: 2015-2017) kepada ahli LPU.

Selain itu, ia juga bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas serta pengesahan daripada ahli LPU mengenai strategi utama UTM dan Pelan Global UTM 2012-2020 (Fasa II: 2015-2017) yang dibentangkan tersebut.

Program yang berakhir pada 16 November 2014 ini dianjurkan oleh Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Korporat dan Pejabat Pendaftar di Hotel Bangi-Putrajaya.

Ucap utama bertajuk National Higher Education Blueprint: Aspirations, Strategies and Key Initiatives akan disampaikan oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, Perunding kepada Higher Education Blueprint, Pejabat Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara tajuk pembentangan dalam sesi retreat pada kali ini adalah Reputasi Global, Kecemerlangan dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Memperkasa Ekosistem Penyelidikan UTM, Students at the Heart of the System, Memperkasa Pemboleh Kritikal untuk Kecemerlangan Institusi dan juga laporan Perkembangan Terkini tentang Autonomi Universiti.

Pemurnian Strategi dan Program Pelan Global UTM 2012-2020

Explore More