Mei 3, 2024

Search
Close this search box.

UTM meterai perjanjian dengan KPM

PUTRAJAYA, 11 September 2014 – Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II hari ini telah menyempurnakan Majlis Menandatangani Perjanjian dan Pelancaran Program Latihan Berteraskan Continuous Professional Development (CPD).

Ia diadakan dengan kerjasama bersama universiti tempatan dalam menawarkan program latihan yang memberi manfaat kepada pegawai menerusi pengiktirafan berbentuk peningkatan kelayakan akademik iaitu di peringkat Sarjana dan Diploma kepada warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Inisiatif pelaksanaan program CPD adalah salah satu kaedah pembelajaran sepanjang hayat untuk memperkasakan tahap pendidikan seterusnya tahap kompetensi warga KPM selaras dengan peranannya sebagai peneraju Pengajian Tinggi Malaysia.

Program CPD menawarkan dua program iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan di UTM International Business School dan Diploma Pengurusan di Open University Malaysia (OUM).

Ia merupakan program yang telah mendapat perakuan akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia dan telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Perjanjian telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Azlan Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) mewakili UTM dan Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha II mewakili KPM.

 

news111

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

news11

Explore More