April 20, 2024

Search
Close this search box.

Karnival Sukan Fakulti Kejuruteraan Awam 2104 (KASUF’14) Pereratkan Hubungan Silaturahim Pelajar

KARNIVAL SUKAN FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM 2014 (KASUF’14) PERERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM PELAJAR

 

3 Mei 2014 – Pelajar Kejuruteraan Awam buat julung-julung kalinya telah mengadakan sukan bagi mempereratkan hubungan ukwah warga fakulti yang melibatkan pelajar dan staf fakulti mulai 18 April dan berakhir 2 Mei lalu anjuran Persatuan Kejuruteraan Awam dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa FKA.Menurut Farah Amira Izzati Mohd Farid Ismet Ravi, selaku Pengarah Program, sebanyak lima acara telah dipertandingkan iaitu futsal, bola jaring, bola tampar, sepak takraw dan badminton dengan objektif untuk merapatkan hubungan kerjasama sesama mahasiswa kejuruteraan awam.

 

Tambahnya, pertandingan melibatkan 22 pasukan antara tahun dan seksyen , menyaksikan kesungguhan dan komitmen mahasiswa kerana hampir setiap petang mereka turun ke pandang di sekitar kampus untuk bermain maupun memberi sokongan kepada rakan-rakan. Beliau juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Dr. Mohd Yunus Ishak, selaku penasihat program. Farah berkata, karnival ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua ahli jawatankuasa yang dilantik yang dianggapnya atas semangat kerja satu keluarga. Beliau berkata demikian ketika ditemubual selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah karnival ini.

 

Acara penutup program ini telah disempurnakan oleh Puan Nor Azizah Ismail, Timbalan Pendaftar FKA sebagai mewakili Dekan Fakulti. Dalam ucapan perasmian penutup berkenaan beliau menyeru mahasiswa untuk aktif menyertai program-program samada sebagai penganjur maupun peserta. Ianya merupakan proses pembelajaran yang tidak dapat diperolehi di bilik kuliah maupun di dewan peperiksaan. Ditambah lagi universiti telah menyediakan pelbagai kemudahan yang sepatutnya dimanfaatkan oleh mahasiswa. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan yang menang dan kepada yang kalah, beliau berharap dapat mencuba lagi pada tahun hadapan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa karnival ini yang telah berjaya mengadakan karnival ini dan berharap program ini dapat dijadikan acara tahunan fakulti. Johan bagi acara sepak takraw berjaya digondol oleh pasukan Tahun 4 Kumpulan 1, Seksyen 2. Johan bagi acara bola tampar lelaki jatuh kepada pasukan mahasiswa Pasca Siswazah. Manakala mahasiswa Tahun 2, Kumpulan 1 Seksyen 1 pula menjadi Johan bagi acara bola tampar wanita. Bagi acara bola jaring, johan adalah pasukan pelajar Tahun 1, Kumpulan 2 dan Seksyen 2. Ahir Johan bagi acara futsal pula telah di sandang oleh pasukan Mahasiswa Tahun 4, Kumpulan 1, Seksyen 3. Johan keseluruhan Karnival ini telah berjaya disandang oleh pasukan Mahasiswa Tahun 4.

Explore More