November 22, 2024

Search
Close this search box.

UTM JALIN KERJASAMA DENGAN AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

BANGI, 6 Mac 2014 – Universiti Teknologi Malaysia telah menjalin kerjasama pintar dengan Agensi Nuklear Malaysia dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendidikan, latihan dan perkhidmatan.

Tujuan utama kerjasama ini ialah menggunakan pengalaman secara bersama untuk meningkatkan kemahiran tenaga manusia dalam bidang teknologi nuklear, menggunakan kepakaran dan kemudahan yang ada di Nuklear Malaysia dan UTM bagi mengendalikan projek yang bersangkutan dengan sains nuklear. Selain itu, menggunakan maklumat dan pengetahuan dalam bidang teknologi nuklear yang ditafsirkan sebagai berkepentingan bersama dan juga kepentingan negara.

Sebagai dorongan kepada usaha kerjasama aktiviti penyelidikan, pendidikan, perundingan dan perkhidmatan antara UTM dan Nuklear Malaysia, UTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bersetuju membenarkan staf dan penyelidik Nuklear Malaysia menggunakan kemudahan peralatan penyelidikan dan kajian serta kemudahan perpustakaan dan rujukan jurnal yang terdapat di UTM untuk mengembang dan mempromosikan bidang-bidang kerjasama tersebut terutamanya dalam bidang sains dan teknologi nuklear.

Satu majlis pertukaran MoU antara UTM dan Agensi Nuklear Malaysia telah diadakan dengan diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Ismail Abd. Aziz, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) dan YBhg. Dato’ Dr. Muhamed Lebai Juri, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia. Turut hadir, YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri MOSTI menyaksikan acara tersebut.

img-20140306-wa0004

Explore More