April 20, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 4 Mac – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah beraksi cemerlang apabila berjaya menempatkan diri di tempat ke-6 dengan kutipan 10 pingat emas, 7 perak dan 11 gangsa di dalam acara Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT).

Pingat emas telah diperoleh melalui acara bola jaring, bola tampar, judo, karate Do, Lawan Pedang Lelaki dan Pencak Silat.

Timbalan Ketua Kontinjen UTM Rizam Rahmat berkata pasukan universiti berhadapan cabaran getir apabila berhadapan dengan kontinjen yang digeruni.

“Kami menerima lawan yang handal tetapi Alhamdulillah, dengan semangat yang kental serta stamina yang baik, prestasi cemerlang dapat dikekalkan.

“Saya tidak katakan ini yang terbaik tetapi hampir mencapai sasaran kami iaitu 16 emas. Insyallah kami akan buat yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pertandingan ini, kesemua acara yang dimenangi pingat emas adalah acara sengit kerana lawan bagi kontinjen UTM adalah tuan rumah, UiTM dan juga pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang disertai oleh ramai atlet negara.

SUKIPT 2014 telah berlangsung pada 3 hingga 16 Februari di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dengan penyertaan sebanyak 104 kontinjen, 8,000 atlet dan 1,500 sukarelawan.

UTM yang menghantar seramai 195 atlet telah menyertai pertandingan bola tampar, bola jaring, hoki, judo, boling padang, olahraga. Soft bowl, teakwando, tenpin bowling, catur, memanah, bola tampar pantai, karate-do, lawan pedang, menembak, ragbi, woodball, pencak silat, renang dan sepak takraw.

sukipt

Kontinjen UTM ketika menerima pingat emas dalam acara pencak silat di SUKIPT 2014

Explore More