April 26, 2024

Search
Close this search box.

CTCUTM-LPPKN anjur Forum dan Pameran Kesihatan

JOHOR BAHRU, 5 Mac – Pusat Transformasi Komuniti Universiti Teknologi Malaysia (CTCUTM) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Yayasan OrphanCARE telah menganjurkan Forum dan Pameran Kesedaran Orphancare & Kesihatan Reproduktif.

Forum ini telah berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim dan disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah CTCUTM, Prof. Madya Dr. Nur Naha Abu Mansor.

Penyelaras Program, Syafinaz Mohd Yusof berkata , pihak penganjur telah menyusun aturcara yang padat bagi memberikan kesan yang mendalam kepada tetamu yang hadir.

“Kami telah menjemput pakar-pakar yang berlatarbelakangkan bidang perubatan dan aktivis sosial bagi sesi forum.

“Sesi ini dikendalikan oleh Pengarah Pusat Kesihatan Mahasiswa UTM, Dr. Ismail Ahmed sebagai moderator dan 3 penceramah undangan iaitu Pn. Aishah Osman dari Yayasan OrphanCARE, Dr. Azimah Ahmad dari Klinik Nur Sejahtera LPPKN Johor dan juga Dr. Amilia Hazreena dari Klinik Kesihatan Greentown Ipoh, Perak,” katanya.

Menurutnya lagi, pelbagai isu telah diketengahkan oleh panel penceramah seperti isu pembuangan bayi, pengambilan anak angkat, pembangunan keluarga, kesihatan remaja dan reproduksi manusia.

Forum dan pameran ini menerima penyertaan yang sangat menggalakkan dari pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan para pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Skudai dengan kehadiran lebih 200 peserta.

Shafinaz berkata aktiviti ini juga seharusnya dilihat sebagai satu usaha untuk memasyarakatkan UTM di kalangan komuniti di sekitarnya.

“Matlamat utama forum ini dianjurkan adalah bagi membolehkan CTCUTM mendekati masyarakat sekitar dan pada masa yang sama mengadakan program-program kerjasama berimpak tinggi yang mampu memberi nilai tambah kepada kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.

Orphan Care

Sebahagian dari paserta Forum OrphanCARE dan Kesihatan Reproduktif anjuran CTCUTM bergambar kenangan selepas acara penutupan rasmi majlis tersebut di UTM Johor Bahru.

Explore More