JOHOR BAHRU, 11 Mac –  Seramai 60 orang mahasiswa penerima Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Mahasiswa Penerima Biasiswa dan Penyumbang Tabung Endowmen yang telah berlangsung di Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah.

Majlis telah dihadiri oleh Naib Canselor, Prof. Ir. Dr. Wahid Omar dan Timbalan Pendaftar Kanan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, Hj. Dahari Derani.

Penyelaras Program, Nor Faeza Ali berkata matlamat utama penganjuran majlis oleh HEMA ini adalah untuk mempertemukan para penerima dan penyumbang dana tabung Endowmen UTM ini.

Dalam majlis ini, penerima yang terdiri dari mahasiswa boleh beramah mesra dengan penyumbang yang telah memberikan dana kepada tabung ini.

“Kami percaya melalui penganjuran acara ini serba sedikit dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim sesama mereka di samping meningkatkan kesedaran untuk meningkatkan pencapaian akademik di kalangan penerima,” katanya.

Menurutnya lagi, melalui majlis ini juga para penyumbang boleh mengambil maklum ke arah mana sumbangan mereka dibelanjakan.

berita3

Naib Canselor, Prof. Ir. Wahid Omar bergambar kenangan bersama penerima dan penyumbang Tabung Endowmen UTM selepas Majlis Ramah Mesra di Kolej Tun Fatimah