April 19, 2024

Search
Close this search box.

19 Ibu tunggal tamat kursus Terapi Holistik di UTM

JOHOR BAHRU, 18 Februari – Seramai 19 orang peserta ibu-ibu tunggal yang berjaya  menamatkan kursus Program Terapi Holistik menerima sijil masing-masing di Auditorium Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Peserta masing-masing telah menerima sijil dari Tuan Hj. Zulkiflee Abbas, Ketua Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) sambil diiringi oleh Pengarah IBD, Prof. Ramlan Aziz.

Program Terapi Holistik ini adalah merupakan usahasama IBD-YPKDT sejak tahun 2008 apabila Institut ini dikenalpasti sebagai Pusat Kecemerlangan Universiti yang terlibat secara aktif di dalam aktiviti University Social Responsibility (USR).

Sepanjang menjalani kursus secara intensif di IBD mulai Ogos hingga November 2013, kesemua peserta telah didedahkan dengan modul Anatomi dan Fisiologi, Refleksologi, Aromaterapi dan Urutan Holistik.

Para peserta juga perlu lulus ujian secara teori dan praktikal bagi melayakkan mereka menerima Sijil Profesional Bidang Terapi Holistik.

Set Permulaan SPA juga telah disediakan penganjur di akhir program bagi membolehkan para peserta ini mengaplikasikan ilmu yang dipelajari melalui perniagaan sendiri mahupun di pusat-pusat kecantikan.

IBD dilengkapi dengan kemudahan kondusif serta tenaga pengajar berkelayakan Diploma dari International Therapy Examination Council, United Kingdom (Terapi Holistik) dan Doktor Falsafah dalam bidang berkaitan bagi memastikan kualiti penyampaian program dilaksanakan secara optimum.

IBD

Peserta kursus Terapi Holistik bergambar kenangan selepas majlis penyerahan siji di IBD UTM Johor Bahru.

Explore More