JOHOR BAHRU, 10 Februari – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengadakan lawatan ke Makmal Teknologi Marin (MTC), pagi semalam.
Ketibaan baginda disambut oleh Naib Canselor, Profesor Ir Dr Wahid Omar dan pegawai kanan universiti.
Baginda meluangkan masa selama dua jam mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengarah MTC, Profesor Ir Dr Ab Saman Kader, melawat kemudahan penyelidikan dan pameran yang disediakan.
Turut hadir ialah Pengerusi Boustead Heavy Industries Sdn. Bhd. Laksamana Madya (B) Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Ramli Hj. Mohd Nor.