Mei 2, 2024

Search
Close this search box.

2,553 mahasiswa baharu mendaftar di UTM

UTM Johor Bahru – Tahniah diucapkan kepada kesemua 2,553 pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mendaftar secara rasmi di kampus UTM Johor Bahru pada hari pendaftaran universiti pada 1 September baru-baru ini.Hari Pendaftaran sempena Minggu Mesra Mahasiswa telah berlangsung semasa dua hari dan melibatkan lapan buah kolej iaitu Kolej Tun Fatimah(KTF),Kolej Rahman Putra(KRP), Kolej Tun Razak(KTR), Kolej Tun Dr. Ismail(KTDI),Kolej Tun Hussein Onn(KTHO), Kolej Tuanku Canselor(KTC), Kolej Pedana(KP), dan Kolej 9&10.

Program Minggu Mesra Mahasiswa (3M) yang telah disusun khusus untuk para pelajar telah dirancang bermula hari pendaftaran sehingga 7 September padat dengan pelbagai aktiviti akademik termasuk pendaftaran kursus, aktiviti taklimat penerangan tentang kemudahan, servis, amanat bersama YB Menteri Pendidikan II, pameran kusahawanan pelajar, majlis beramah mesra bersama pegawai tinggi universiti,aktiviti riadah serta aktiviti kreatif dan kebudayaan.

Lihat gambar-gambar dan laporan Minggu Mesra Mahasiswa selanjutnya di sini.

 

registration

Explore More