April 25, 2024

Search
Close this search box.

UTM ketuai kajian maklum balas “Suara Hati Johor”

Johor Bahru, 24 Jun – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dilantik oleh kerajaan negeri Johor untuk melaksanakan satu kajian di seluruh negeri yang dikenali sebagai  “Suara Hati Johor”.

Semasa pelancaran di Kota Iskandar, Nusajaya pada 17 Jun yang lepas, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kajian itu bertujuan memperkasa dan memacu ekonomi dan pembangunan menyeluruh berlandaskan tema “merakyatkan kerajaan”.

Kajian ini akan dijalankan melalui kaedah kuantitatif dan kualitatif oleh pasukan penyelidik dan pelajar yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTM, Prof Dr Mohd Ismail Abd Aziz. Kajian tersebut mensasarkan sejumlah 8,000 responden di semua 10 daerah di Johor dan akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Kajian “Suara Hati Johor” adalah salah satu daripada sumbangan UTM terhadap pembangunan di wilayah Iskandar Malaysia.

Sebagai satu-satunya university berfokus penyelidikandi Iskandar Malaysia, UTM memainkan peranan yang penting dari segi meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan seperti projek penyelidikan Iskandar Malaysia Low Carbon City dengan kerjasama Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Iskandar Malaysia Regional Authority (IRDA) di samping menghasilkan tenaga sumber manusia profesional yang akan menyumbang kepada pembangunansosio-ekonomi di wilayah tersebut.

Keberhasilan kajian tersebut dijangka akan digunakan pihak pentadbiran kerajaan negeri Johor dalam menggubal dasar yang selari dengan kehendak, jangkaan dan keperluan rakyat.

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam kajian tersebut boleh mencapai kajiselidik dalam talian di http://bit.ly/SuaraHatiJOHOR. Pada masa yang sama, pasukan penyelidikan turut turun padang untuk melawat kesemua 10 daerah di Johor secara berperingkat- untuk menjalankan sesi temubual dengan orang ramai sepanjang tempoh penyelidikan  dijalankan.

Explore More