Disember 28, 2024

Ahli pasukan ROBOCON UTM menghadiri majlis berbuka puasa di Seri Perdana.
Pasukan ROBOCON UTM bersama Perdana Menteri.

PUTRAJAYA, 27 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata-kata semangat kepada pasukan ROBOCON Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang akan membawa cabaran negara ke peringkat antarabangsa di Hong Kong bulan depan.

Datuk Seri Najib turut mengucapkan tahniah kepada pasukan UTM kerana berjaya menjadi juarapertandingan peringkat kebangsaan sebanyak lapan kali, sejak pertandingan itu diperkenalkan pada tahun 2002 dan mendoakan mereka beroleh kejayaan.

Pembakar semangat itu diucapkan di majlis berbuka puasa bersama lebih 1,000 pemimpin pelajar, belia dan warga universiti di Kompleks Seri Perdana, dekat sini malam tadi.

Dr Zaini dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khalid Nordin hadir sama di majlis berbuka puasa.

UTM diwakili oleh kira-kira 300 mahasiswa dari kampus Kuala Lumpur dan Johor Bahru, termasuk 30 peserta ROBOCON yang menyertai pertandingan peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Hadir sama di majlis berkenaan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Zaini Ujang, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA), Profesor Datuk Dr Mohd Tajudin Haji Ninggal dan Penasihat ROBOCON, Dr Mohd Zarhamdy Md Zain.

Perdana Menteri turut memuji usaha UTM menaikkan nama universiti ini dalam pemikiran inovatif selaras dengan hasrat negara menjadi negara maju menjelang 2020.

Di samping itu, beliau memuji langkah yang dilakukan oleh UTM yang menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini menawarkan biasiswa endowment.

Explore More