April 26, 2024

Search
Close this search box.
Pesara UTM bergambar bersama Prof. Zaini Prof. Emeritus Dr. Mohd Noor Salleh.
Pesara UTM bergambar bersama Prof. Zaini, Prof. Emeritus Dr. Mohd Noor Salleh dan Pendaftar Hj. Wan Mohd Zawawi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meraikan 50 pesara dan 110 orang staf dalam majlis Sanjungan Budi di Pusat Konvensyen PERSADA, 21 Disember lalu.

Majlis tersebut diadakan bagi mengenang jasa staf yang telah bersara wajib pada tahun ini dan menyampaikan Anugerah Jasa Bakti kepada staf telah berkhidmat selama 20 dan Anugerah Jasa Setia kepada mereka yang berkhidmat semalam 30 tahun.

Anugerah terswebut disampaikan oleh Naib Canselor Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang. Majlis tersebut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Pesara UTM Datuk Wira Profesor emeritus Dr. Mohd Nor Salleh.

Dalam ucapannya, Prof. Zaini berkata, UTM sentiasa prihatin terhadap kebajikan kakitangannya samada yang masih berkhidmat ataupun telah bersara.

“Bagi kakitangan akademik yang sedang berkhidmat, saya akan usulkan kepada pihak berwajib agar dapat dipertimbangkan untuk diberikan elaun Universiti Penyelidikan dengan syarat staf berkenaan mempunyai pelajar ijazah kedoktoran (PhD) di bawah seliaanya dan geran penyelidikan.

“Langkah tersebut bagi memastikan kakitangan berkenaan merasakan dirinya dihargai dan sekaligus dapat menyumbang lebih banyak manfaat kepada universiti,” katanya.

Beliau berkata, UTM juga akan mempertimbangkan untuk melanjutkan usia persaraan staf akademik kepada 65 tahun untuk memberi peluang kepada mereka untuk terus berkhidmat dan dan mengurangkan bebanan kerja yang sedia ada.

Manakala bagi pesara mereka digalakkan menyertai Persatuan Pesara UTM bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan buah fikiran walaupun tidak lagi berkhidmat dengan universiti.

Explore More