Deligasi UMT lawat UTM

Rombongan dari UTM dan pegawai UTM bergambar di Dewan Banquet selepas mendengar taklimat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JOHOR BAHRU, 22 Disember: Seramai 29 kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan lawatan sambil belajar sehari ke UTM bagi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Rombongan berkenaan diketuai oleh Pengarah Bahagian Perancangan Korporat, Prof. Dr. Nakisah Mat Amin tiba di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim dan disambut oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Korporat, Prof. Madya Dr. Mohd. Ariffin Abu Hassan.

Antara matlamat utama lawatan berkenaan adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi strategi yang dilaksanakan oleh UTM untuk mendapatkan status Univesiti Penyelidikan dan pengurusan penyelidikan, audit, dan undang-undang.

Mereka diberi taklimat oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Ariffin Abu Hassan, Pengarah Pusat Pengurusan Peyelidikan (RMC) Profesor Dr Ruzairi Abd Rahman, Timbalan Pendaftar Kanan Canseleri En. Azham Ramli, Timbalan Pendaftar Undang-Undang En. Karim Abdul Aziz dan Pengurus Hal Ehwal Antarabangsa bagi Indonesia Profesor Dr. Hadi Nur.

Rombongan kemudian berlepas ke Lembah Kelang untuk mengadakan lawatan ke beberapa buah universiti di sana.