Disember 27, 2024

1280 sertai larian mesra kampus UTM-Malakoff Eco Run 2011

Tan Sri Abdul Halim melepaskan peserta di Stadium UTM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JOHOR BAHRU, 28 November : Seramai 1280 orang peserta telah menyertai acara larian mesra kampus Malakoff-UTM Eco Run 2011 di kampus Johor Bahru, semalam.

Acara larian ini dianjurkan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Malakoff Corporation Berhad (MALAKOFF).

Program yang bertemakan “Larian untuk Kesedaran Alam Sekitar”  adalah yang pertama diadakan membabitkan enam kategori iaitu Lelaki dan Wanita Terbuka (jarak 21km), Veteran (15km), Antara Jabatan (15km), Antara Universiti (15km), Remaja (10 km) dan Fun Run (5 km).

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin Haji Ninggal berkata, program ini akan dijadikan acara tahunan dan Malakoff telah bersetuju untuk menaikkan hadiah wang tunai pada tahun hadapan.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM yang juga Pengerusi Malakoff Tan Sri Abdul Halim Ali berharap lebih ramai peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan pada tahun hadapan.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana pertandingan yang pertama kali diadakan mendapat sambutan yang menggalakkan termasuk pelajar antarabangsa.

“Semoga jalinan kerjasama dan permuafakatan yang wujud di antara kedua belah pihak semasa menjayakan program ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang,” katanya.

 

Pemenang acara 21km terbuka.

 

 

 

Explore More