Disember 27, 2024

Datin Dr. Zainah berucap di majlis perasmian di Dewan Sultan Iskandar.

 

JOHOR BAHRU, 17 Oktober: Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Persidangan Perpustakaan Universiti dan Perpustakaan Negara Malaysia (PERPUN) menganjurkan persidangan dan Bengkel Petunjuk Prestasi Utama pada 17 hingga 19 Oktober 2011.

Persidangan yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar , UTM Johor Bahru dihadiri oleh lebih 130 peserta dari dalam dan luar negara, dirasmikan oleh isteri Naib Canselor Datin Dr. Zainah Mokhtar.

Pengerusi persidangan Kamariah Nor Mohd Desa berkata, persidangan yang bertemakan “Penerapan Strategi KPI: Transformasi Perpustakaan ke Mercu Kecemerlangan”, dijadikan sebagai platform untuk peserta berkongsi pendapat dan kemahiran dalam bidang Petunjuk Prestasi Utama.

“Persidangan ini diharap mengetengahkan idea yang segar dan inovatif berkaitan amalan terbaik dalam perkhidmatan organisasi di samping pengenalan kepada BS ISO 11620:2008 yang akan digunakan sebagai petunjuk prestasi bagi perpustakaan di serata dunia,” katanya, yang juga Ketua Pustakawan UTM.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (Pembangunan), Datuk Farida Mohd Ali dijemput menyamaikan ucaputama di samping beberapa pembentang dari dalam dan luar UTM seperti Pengarah Hal Ehwal Korporat professor Dr Azlan Abdul Kamariah Nor Mohd Desa, Pengarah Perpustakaan Nasional Singapura Ngian Lek Choh, Pendaftar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr. Zaharah Mokhtar dan Ketua Pustakawan Universiti Putra Malaysia (UPM) Amir Hussain Md Ishak.

Manakala Pengarah Perpustakaan Awam Bremen, Jerman Barbara Lison dijemput untuk mengendalikan bengkel bertajuk “Mengimplimentasi BS ISO 11620:2008 Sebagai Petunjuk Prestasi Dalam Organisasi”.

Explore More