April 19, 2024

Search
Close this search box.

UTM tempat pertama laman web IPT popular di Malaysia

JOHOR BAHRU, 26 Julai: Universti Teknologi Malaysia (UTM) menduduki tempat pertama laman web paling popular di kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia bagi tahun 2011.

Selain itu, UTM turut menduduki tempat keenam di Asia Tenggara dan ke-47 di Asia berdasarkan penarafan yang dibuat ke atas 10,200 universiti dan kolej di 200 buah negara di seluruh dunia.

UTM juga menjadi satu-satunya universiti dari Malaysia yang tersenarai pada kedudukan 100 buah universiti di Asia dan ke 280 di peringkat dunia.

Penarafan yang dibuat oleh 4icu.org berasaskan satu algoritma yang terdiri dari tiga web bebas yang berdasarkan kepada ‘page rank’, traffic rank’ dan inbound links’ mencerminkan populariti setiap universiti berdasarkan kepada laman web yang dimiliki.

Secara tidak langsung menunjukkan internet menjadi sumber penting kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai sesebuah universiti.

Bagi penarafan di peringkat dunia Institut Teknologi Massachusetts (MIT) menduduki tempat pertama, The University of Texas at Austin kedua dan Universiti Michigan ketiga, Universiti Harvard ketujuh dan Universiti Cambridge ke-10.

Explore More