Disember 25, 2024

1024 Anggota KOR SUKSIS Tamat Latihan

JOHOR BAHRU, 10 Julai: – Seramai 1,024 anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (KOR SUKSIS) dari 19 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara menerima sijil tamat latihan dari Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar.

Majlis penyampaian sijil diadakan sempena majlis perbarisan tamat latihan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dekat sini, hari ini. (Jumlah anggota

Sebelum itu, Ketua Polis Negara hadir menyaksikan seramai 770 anggota KOR SUKSIS mengambil bahagian dalam perbarisan tamat latihan yang diadakan di padang kawad UTM.

Di majlis tersebut, Tan Sri Ismail berkenan menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan seramai 102 orang anggota yang diketuai oleh anggota KOR SUKSIS Hamzah Harjono.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada 20 pelatih terbaik keseluruhan yang mewakili universiti masing-masing. (Senarai pelatih terbaik mengikut

Bagaimanapun, seramai 254 anggota yang tidak dapat turut serta dalam perbarisan kali ini kerana terpaksa menghadiri latihan praktik dan latihan industri tetapi hadir untuk menerima sijil masing-masing.

Majlis perbarisan dan tamat latihan di UTM adalah kali yang ketujuh sejak dilancarkan pada 28 April 2003 di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Senarai tuan rumah majlis tamat latihan dan penyampaian sijil adalah seperti berikut:

Kor SUKSIS ditubuhkan hasil cetusan idea Timbalan Perdana Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa mengadakan lawatan ke UUM pada 4 Februari 1999.

Matlamat penubuhannya adalah untuk membentuk sahsiah dan pembangunan siswa-siswi dalam bidang kepolisian supaya mereka dapat menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan negara.

Tan Sri Ismail Omar memeriksa perbarisan anggota KOS SUKSIS di padang kawad UTM.

Explore More