April 26, 2024

Search
Close this search box.

Persatuan Pesara UTM ditubuhkan

Persatuan Pesara Universiti Teknologi Malaysia telah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Setiausaha Jawatankuasa Penaja Haji Kasiran Saman (gambar) berkata, persatuan berkenaan terbuka keahliannya kepada pesara yang telah berkhidmat dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM),  Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) dan Maktab Teknik.

“Pendaftaran Persatuan Pesara UTM telah diluluskan dan mesyuarat agung bagi memilih Ahli Jawatankuasa Tetap serta membincangkan beberapa perkara lain akan diadakan pada bulan Julai 2011.

“Saya berharap ramai di kalangan pesara dan bekas staf UTM, ITK dan Maktab Teknik mengisi borang yang diedarkan untuk menganggotai persatuan ini,” katanya.

Menurutnya, penubuhan Persatuan Pesara UTM adalah idea Yang Berbahagia Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr.Ir. Zaini Ujang yang mahu melihat semua pesara UTM bergabung di bawah satu persatuan.

“Dato’ Zaini berpendapat melalui persatuan ini hubungan antara pesara dengan UTM serta staf akan terus berkekalan di samping persatuan boleh melaksanakan aktiviti yang boleh memberi kebaikan serta manfaat kepada ahli,” kata bekas Pendaftar UTM.

Haji Kasiran berkata, matlamat penubuhan persatuan pesara adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dengan menjalankan pelbagai kegiatan kebajikan dan sosial untuk kepentingan ahli.

Selain itu,  ahli persatuan boleh memberi pandangan atau buah fikiran untuk kemajuan dan pembangunan UTM serta negara dan mewakili ahli-ahlinya sekiranya mereka berdepan dengan masalah perkhidmatan.

“Bagi mendapatkan dana untuk mengisi tabung, persatuan akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti sukan, perniagaan, sosial dan sebagainya serta berusaha mendapatkan harta tetap sebagai menjamin masa depan persatuan,” katanya.

Beliau berharap semua pesara UTM, ITK dan Maktab Teknik dapat memberi kerjasama untuk menjadi ahli dan menghadiri mesyuarat agung pertama yang akan diadakan pada bulan Julai nanti di UTM.

Dalam masa, beliau berharap pentadbiran UTM akan terus memberi sokongan dengan menyediakan kemudahan yang sepatutnya untuk membolehkan persatuan bergerak bagi mencapai matalamat yang ditetapkan.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Penaja :

Y. Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Wira Dr.Ir.Mohammed Noor bin Haji Salleh

Yang Dipertua

Haji Ismail bin Ibrahim

Naib Yang Dipertua

Haji Kasiran bin Saman

Setiausaha

Haji Mohamad bin Abdullah

Bendahari

Haji Omar bin Bakar

Penolong Setiausaha

Haji Ruseli bin Md.Noh

Penolong Bendahari

Ahli Jawatankuasa :

    Y.Bhg.Dato’ Prof.Dr.Ahmad bin Darus
    Prof.Dr.Ismail bin Kailani
    Prof.Dr.Alias bin Mohd. Yusof
    Prof. Selamat bin Hashim
    Dr.Abdul Majid bin Kadir
    En.Mohamad bin Ali
    Haji Morsin Parman
    En.Moktar bin Ab. Aziz
    Haji Mohd. bin Omar
    Haji Abd.Aziz bin Abd. Manaf
    Haji Kamaruzaman bin Salikun
    Puan Rapeah binti Abdullah.

      Explore More