HAMPIR 400 peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan golf antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ke-39 anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Senai dan Kulaijaya pada 2 dan 3 Julai depan.
Mereka terdiri daripada staf, ahli Lembaga Pengarah Universiti, Pro-Canselor dan Naib Canselor dari 21 buah universiti awam di seluruh negara serta pasukan dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah Gross-IPTA, Net-IPTA, VIP-IPTA, tetamu IPTA dan kontijen terbaik.
UTM akan menghantar seramai 24 orang staf bagi menyertai kejohanan yang mendapat sambutan menggalakkan dari warga universiti di seluruh negara yang dikendalikan secara bergilir-gilir.
Pada kejohanan kali ini UTM diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah buat kali ketiga dan pertandingan akan berlangsung di tiga lapangan iaitu di Palm Resort Golf & Country Club di Senai dan IOI Palm Villa Golf & Country Resort di Kulaijaya.