April 20, 2024

Search
Close this search box.

400 sertai Kejohanan Golf Antara IPTA 2011

HAMPIR 400 peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan golf antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ke-39 anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Senai dan Kulaijaya pada 2 dan 3 Julai depan.

Mereka terdiri daripada staf, ahli Lembaga Pengarah Universiti, Pro-Canselor dan Naib Canselor dari 21 buah universiti awam di seluruh negara serta pasukan dari  Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Gross-IPTA, Net-IPTA, VIP-IPTA, tetamu IPTA dan kontijen terbaik.

UTM akan menghantar seramai 24 orang staf bagi menyertai kejohanan yang mendapat sambutan menggalakkan dari warga universiti di seluruh negara yang dikendalikan secara bergilir-gilir.

Pada kejohanan kali ini UTM diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah buat kali ketiga dan pertandingan akan berlangsung di tiga lapangan iaitu di Palm Resort Golf & Country Club di Senai dan IOI Palm Villa Golf & Country Resort di Kulaijaya.

Explore More