Mei 13, 2024

Search
Close this search box.

UTM pertahan kejuaraan Robocon

Pasukan UTM meraikan kemenangan menjadi juara buat kali ke-9.

Pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) B membuktikan keunggulan mereka meneruskan penguasaan UTM dengan menjuarai edisi ke-12 Pertandingan Robocon 2013 Kebangsaan di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 27 Mei 2013 yang lalu.

Menerusi pencapaian itu, UTM muncul sebagai pemenang sebanyak sembilan kali sejak pertandingan itu bermula pada 2002.

Lebih manis lagi, dua pasukan UTM iaitu UTM A dan UTM B telah bertemu di peringkat akhir di mana UTM B berjaya muncul johan.

Selaku johan, pasukan UTM B menggondol wang tunai RM10,000 selain trofi serta sijil, insentif ke pertandingan antarabangsa RM5,000, sumbangan Asia Pacific Broadcasting USD1,000 dan sumbangan syarikat ABB RM10,000.

Lebih menggembirakan, pasukan UTM B juga memenangi anugerah teknologi robot terbaik. Manakala naib johan iaitu pasukan UTM A menerima wang tunai RM7,000 beserta trofi dan sijil.

Dengan kejayaan tersebut, pasukan UTM sekali lagi akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa di Vietnam pada bulan Ogos nanti. Doakan kejayaan UTM di Vietnam. best singapore slots online play in singapore

Explore More