Syarahan Perdana ‘Islam: The Covenants Fulfilled’ bukti UTM julang nilai keilmuan dan peradaban Islam

KUALA LUMPUR, 27 Jan. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membuktikan institusi ini sentiasa mendukung usaha dalam memartabatkan keilmuan bangsa menerusi penganjuran Syarahan Perdana ‘Islam: The Covenant Fulfilled’ oleh YM Profesor DiRaja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Penganjuran acara ini merupakan kerjasama UTM menerusi Raja Zarith Sofiah Centre for Advanced Studies on Islam, […]
UTM pertingkat potensi komuniti Felda Aping Timur

KOTA TINGGI, 9 Dis. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meneruskan usaha memperkasa komuniti dan masyarakat menerusi Program Pemindahan Ilmu Produk Lestari, Pengukuhan Ekonomi, dan Pemerkasaan Ilmu FELDA Bukit Aping Timur. Projek ini menjadi contoh kejayaan inovasi komuniti hasil kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi. Program berimpak ini yang berlangsung sejak […]
Skuad Ihsan Madani UTM bantu komuniti pascabanjir Kelantan

PASIR MAS, 6 Dis. – Sukarelawan Skuad Ihsan Madani UTM giat melakukan kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru dan Surau Az-Zakirin, Pasir Mas, Kelantan. Misi yang dilaksanakan dengan kekuatan 64 orang sukarelawan UTM merangkumi aktiviti pembersihan dan penyelenggaraan kawasan sekitar sekolah termasuklah dewan, bilik darjah, kantin, dan makmal komputer selain kerja pelupusan sisa […]
UTM jadi universiti pertama tubuh Makmal Satelit Anti-Jenayah Kewangan NFCC

JOHOR BAHRU, 26 Nov. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melakar sejarah tersendiri apabila menjadi universiti pertama di negara ini menubuhkan Makmal Satelit Anti-Jenayah Kewangan (AFC Lab) dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) di sini hari ini. Majlis perasmian makmal satelit berkenaan yang berlangsung di Fakulti Komputeran, UTM Johor Bahru telah disempurnakan oleh Naib […]
Jarak dan usia bukan halangan Ir. Antonius Setiawan genggam PhD

JOHOR BAHRU, 21 Nov. – Mesra dipanggil Pak Anthony, pemilik nama sebenar Ir. Antonius Setiawan, pesara berusia 68 tahun dari Indonesia, berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam tempoh hanya tiga setengah tahun, membuktikan bahawa semangat dan keinginan untuk belajar tidak dibatasi usia. Perjalanan hidupnya, dari masa kecil hingga ke pencapaian […]
Graduan UTM terbukti kekal berkualiti tinggi, berpendapatan premium

JOHOR BAHRU, 19 Nov. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengekalkan prestasi terbaik dalam penghasilan graduan berkualiti tinggi apabila terus mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 100%, tertinggi di Malaysia dalam kategori graduan berpendapatan premium dan berkemahiran tinggi. Pencapaian ini dikongsikan oleh Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, dalam ucapannya sempena Majlis […]
Revolusi digital AI – Graduan perlu persiapkan diri

JOHOR BAHRU, 18 Nov. − Dalam dunia yang semakin didominasi oleh teknologi, satu isu yang semakin menjadi perbincangan hangat ialah kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI). AI yang dikatakan telah pun lama bermula semenjak 1956, teknologi ini semakin rancak berkembang dan kini merevolusikan pelbagai aspek kehidupan manusia. Tan Sri Dato’ Sri Jamaludin Ibrahim sewaktu berucap […]
Graduan UTM pemimpin masa depan berwawasan dan berintegriti

JOHOR BAHRU, 17 Nov. – Sempena Sesi Ketiga istiadat Majlis Konvoksyen UTM ke-68 hari ini, Tan Sri Datuk Profesor Emeritus Mohd Zulkifli Ghazali dalam ucapannya menegaskan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyai peranan signifikan sebagai duta keamanan, pelopor inovasi, dan pemimpin yang berwibawa di peringkat global. Beliau menyeru para graduan untuk merenung kembali tanggungjawab besar […]
Graduan perlu cakna, berintegriti tinggi – YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

JOHOR BAHRU, 17 Nov. – Penganjuran istiadat Majlis Konvokesyen UTM ke-68 memasuki hari kedua dengan menyaksikan kira-kira 1,050 graduan Ijazah Sarjana menerima ijazah. Yang Amat Mulia Che’ Puan Khaleeda Johor dalam titahnya menyeru agar para graduan bukan sahaja menghargai pencapaian yang telah dimiliki pada hari ini, bahkan mengambil tanggungjawab sosial dalam membina masa depan yang […]
‘Kerana Tuhan Untuk Manusia’ tiup semangat Tan Kai Ying rangkul kecemerlangan

JOHOR BAHRU, 16 Nov – Semangat yang diambil dari moto UTM, ‘Kerana Tuhan untuk Manusia’ dicitrakan menerusi sifat anak kelahiran Pulau Pinang ini dalam menggapai pencapaian cemerlang dalam bidang akademik malah juga kokurikulum. Tan Kai Ying, penerima Anugerah Pelajaran Diraja sempena Majlis Konvokesyen UTM ke-68, membuktikan bahawa kecemerlangan di universiti bukan hanya tentang mendapat gred […]
Profesor Emeritus Ir. Mohamad Afifi pamer ketokohan cendekiawan kejuruteraan

JOHOR BAHRU, 16 Nov. – Majlis Konvokesyen UTM ke-68 kali ini menyaksikan seorang tokoh cendekiawan dalam dunia kejuruteraaan khasnya bidang mekanikal, Ir. Mohamad Afifi Abdul Mukti menerima gelaran Profesor Emeritus, hari ini. Sepanjang hampir empat dekad berkhidmat, beliau telah menunjukkan dedikasi yang luar biasa, bukan hanya sebagai pendidik, tetapi juga sebagai pemimpin dalam pembangunan akademik […]
