November 21, 2025

UTM x UNNES: GIAT 2025 jadi platform kolaborasi penjanaan modal insan unggul ASEAN

Kalumpang, 16 Ogos – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS) dengan sukacitanya telah meraikan Majlis Apresiasi dan Penutup Program International Community Service (GIAT 2025) Universitas Negeri Semarang (UNNES) yang berlangsung dengan penuh kemeriahan di Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Gumut, Hulu Selangor.

Ucapan oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTM. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Muhajirih Ahmad, Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor; Pak Benny Sumardiana, S.H., M.H. dan Pak Angga Septiyanto, S.Pd., M.T., Staf Akademik Lembaga Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat (LPPM) UNNES; serta Prof. Madya Dr. Mahyuddin Arsat, Menjalankan Fungsi Sebagai Pengerusi UGS.

Persembahan puisi oleh pelajar dan wakil komuniti
Persembahan tarian
Persembahan tarian

Program anjuran bersama PKD Sungai Gumut, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Pejabat Penghulu Mukim Kalumpang ini menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan dua hala antara universiti dan komuniti. Sepanjang 20 hari, pelajar UNNES terlibat dalam pelbagai aktiviti khidmat masyarakat yang berimpak tinggi, sekali gus memperkukuh jaringan akademik dan sosial merentas sempadan ASEAN.

GIAT 2025 bukan sahaja memberikan peluang kepada pelajar untuk menyelami realiti kehidupan masyarakat luar bandar Malaysia, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan komuniti melalui aktiviti pendidikan, kesihatan, pertanian dan kelestarian alam sekitar serta pemerkasaan ekonomi setempat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kelas Bahasa Asing (Bahasa Perancis dan Bahasa Arab), kelas pembuatan sabun dan pewangi, kelas kecerdasan buatan (AI) dan kemahiran digital, penghasilan baja organik dan banyak lagi

Selain itu, para pelajar juga berpeluang merasai keunikan dan kepelbagaian budaya masyarakat majmuk Malaysiamelalui penghasilan makanan tradisional serta perkongsian adat resam Melayu, Cina dan India bersama komuniti Kampung Gumut.

Penghasilan makanan tradisional masyarakat Jawa oleh pelajar
Penghasilan produk baja organik

UTM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program, termasuk ketua-ketua kampung di bawah Mukim Kalumpang, Pejabat Pertanian Daerah Hulu Selangor dan Balai Polis Kalumpang, dan seluruh warga Kalumpang yang telah memberikan sokongan padu sepanjang berlangsungnya program.

Majlis ini menutup tirai GIAT 2025 dengan kejayaan besar, meninggalkan impak mendalam bukan sahaja kepada komuniti, tetapi juga dalam usaha membentuk modal insan unggul ASEAN yang berdaya saing, berjiwa masyarakat dan berpandangan global.

Explore More

UTM Open Day