April 29, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Dr Zakri Tarmidi

JOHOR BAHRU, 25 Mei – Dua pelajar Fakulti Alam Bina Dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia ( UTM) berjaya mendapat tempat ke-2 dan juga tempat ke-3 secara keseluruhan dalam pertandingan Esri Malaysia Young Scholar Award Competition anjuran ESRI Malaysia.

Kedua-dua pelajar daripada program Sarjana Muda Sains (Geoinformatik) tersebut ialah Kugan a/l Raju, pelajar tahun 3 BSc Geoinformatik yang memenangi tempat kedua manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Maisarah Zulkifli, pelajar tahun 4 program yang sama.

Majlis penyampaian anugerah ini telah berlangsung pada acara “Esri Malaysia GeoInnovation Awards 2022” bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2022.

Pertandingan ini dianjurkan bagi melihat kebolehan pelajar dalam bidang Sains Maklumat Geografi (GISc) dengan menggunakan dan membangunkan aplikasi GISc yang berkaitan.

Ia juga dianjurkan bagi meraikan kecemerlangan pelajar dalam inovasi, serta kreativiti dalam membangunkan aplikasi GISc untuk mendapatkan hasil yang positif.

Para peserta pertandingan ini terdiri daripada pelajar sarjana muda dan pelajar sarjana daripada seluruh tanah air.

Pemenang pertama pertandingan ini berpeluang mendapat tajaan untuk menghadiri ESRI UC, konferens teknologi geospatial yang akan berlangsung di San Diego, Amerika Syarikat.

Tahniah kepada pemenang!




Explore More