KENYATAAN RASMI: UTM SOKONG PERUNDANGAN BAHARU MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TINGGI NEGARA LEBIH INKLUSIF

SDGSDG4SDG17

📝 Ringkasan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyokong aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi negara melalui agenda transformasi. UTM percaya autonomi universiti perlu diseimbangkan dengan akauntabiliti, tadbir urus berintegriti serta tanggungjawab sosial. Universiti ini juga komited untuk menyediakan persekitaran akademik yang terbuka dan inklusif bagi memastikan agenda transformasi ini memberi impak positif kepada institusi, mahasiswa dan daya saing global universiti.

JOHOR BAHRU, 16 Ogos – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyambut baik dan menyokong aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi negara melalui agenda transformasi yang menekankan autonomi institusi, kebebasan akademik dan pembangunan mahasiswa di samping memastikan tadbir urus, akauntabiliti serta kecemerlangan IPT terpelihara.

Seiring dengan perkembangan landskap pendidikan tinggi yang semakin dinamik, UTM berpandangan bahawa kerangka perundangan dan tadbir urus universiti perlu sentiasa melalui fasa penambahbaikan agar selari dengan keperluan semasa, perkembangan ilmu, tuntutan masyarakat serta aspirasi negara untuk melahirkan graduan yang berdaya fikir dan mampu menyumbang secara konstruktif kepada pembangunan negara.

UTM percaya autonomi universiti perlu diseimbangkan dengan akauntabiliti, tadbir urus berintegriti serta tanggungjawab sosial, manakala pemerkasaan mahasiswa harus merangkumi pembangunan kepimpinan, pemikiran kritis dan nilai sivik serta adab.

Sebagai universiti berteraskan inovasi dan teknologi, UTM komited untuk menyediakan persekitaran akademik yang terbuka dan inklusif serta menyokong usaha KPT dalam memperkukuh sistem pendidikan tinggi negara.

UTM bersedia menyumbang kepakaran dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan agenda transformasi ini memberi impak positif kepada institusi, mahasiswa dan daya saing global universiti.

 

#TAMAT

 

Pusat Komunikasi Korporat
Pejabat Strategi dan Kesohoran Global
Jabatan Canseleri
Universiti Teknologi Malaysia

 

 

Explore More

UTM Open Day