UTM perkasa agenda kelestarian melalui taklimat Green Captain dan Green Champion

SDGSDG11SDG12SDG13SDG17

šŸ“ Ringkasan

Taklimat anjuran Pusat Pelestarian Kampus UTM (UTMCCS) untuk Kapten Hijau (Green Captain) dan Juara Hijau (Green Champion) telah berlangsung di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ismail (BCSI). Taklimat itu bertujuan memberikan gambaran sebenar tentang tugas dan peranan Green Captain dan Green Champion dalam menjayakan agenda kelestarian universiti. Lantikan Green Captain dan Green Champion telah dilakukan untuk membantu menyemarakkan agenda kelestarian universiti.

JOHOR BAHRU, 15 Apr – Satu taklimat anjuran Pusat Pelestarian Kampus UTM (UTMCCS) untuk Kapten Hijau (Green Captain) dan juga Juara Hijau (Green Champion) telah berlangsung di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ismail (BCSI) pagi tadi. Taklimat telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dato’ Ir. Mohammed Nor Abu Hassan.

Dato’ Ir. Mohammed Noor Abu Hassan (tengah) memberikan taklimat intensif mengenai tugas dan peranan Green Captain dan Green Champion yang dilantik untuk membantu menjayakan agenda kelestarian universiti

Pengarah UTMCCS, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd. Fadhil Md. Din berkata taklimat berkenaan diadakan bagi memberikan gambaran sebenar berkenaan dengan tugas sebagai ā€˜Green Captain’ dan ā€˜Green Champion’ dalam menjayakan agenda kelestarian universiti.

ā€œTerdapat sejumlah pentadbir dari kumpulan perkhidmatan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat hampir di setiap Pusat Tanggungjawap (PTJ) di UTM telah dilantik untuk membantu kami menyemarakkan agenda kelestarian universiti.

ā€œSelain pentadbir, lantikan juga dipanjangkan kepada pihak kontraktor UTM bagi memperkukuhkan usaha murni ini,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai sesi taklimat yang berlangsung di Dewan Senat itu. Turut hadir ialah Ketua Pentadbiran Canseleri, Abdul Jalil Maulani dan juga Penolong Pendaftar Kanan UTMCCS, Kiflee Jimpi.

Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md. Din (kiri) memberikan ucapan penggulungan selepas tamat taklimat perlantikan Green Captain dan Green Manager oleh Dato’ Ir. Mohammed Noor Abu Hassan

Istilah “Kapten Hijau” dan “Juara Hijau” secara amnya merujuk kepada peranan atau gelaran yang berkaitan dengan inisiatif alam sekitar, kemampanan atau kepimpinan mesra alam. Maksud khususnya boleh berbeza-beza bergantung pada konteks, organisasi atau program.

Kapten Hijau biasanya di dalam konteks universiti ialah mahasiswa atau staf yang mengambil peranan kepimpinan untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar dan amalan lestari dalam organisasi.

Mereka mungkin menganjurkan aktiviti, kempen atau projek mesra alam untuk menggalakkan orang lain mengamalkan tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

ā€œJuara Hijau biasanya merujuk kepada seseorang yang diiktiraf atas dedikasi dan advokasi mereka dalam menggalakkan amalan kelestarian dan pemuliharaan alam sekitar.

ā€œGolongan ini sering menjadi contoh tauladan, berkeupayaan mempengaruhi perubahan dasar atau tingkah laku dan menyokong inisiatif kelestarian dalam lingkungan pengaruh mereka, ā€œ katanya lagi.

Peserta juga diberikan taklimat ringkas mengenai perancangan perlaksanaan sistem penilaian ā€˜Green Building Index’ atau GBI yang akan dilaksanakan di BCSI dalam waktu yang terdekat.

Dato’ Mohammed Noor Abu Hassan memberikan taklimat mengenai peranan dan tugas Green Captain dan Green Champion demi memastikan individu yang dilantik benar-benar faham mengenai tugas dan peranan masing-masing dalam menjayakan agenda kelestarian universiti

Satu sesi mesyuarat berkenaan dengan Penyelarasan GBI juga telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, BCSI bersama Dato’ Ir. Mohammed Noor yang mempengerusikan mesyuarat itu bagi membincangkan secara khusus mengenai perlaksanaan penilaian bangunan ini dengan pihak ā€˜Green Champion’.

Antara Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang selari dengan program di atas adalah SDG 13, Mengambil tindakan segera terhadap perubahan iklim, SDG 11, Bandar dan komuniti yang mampan, SDG 12, Penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab serta SDG 17, Kerjasama untuk mencapai matlamat.

Secara keseluruhan, program ini sejajar dengan usaha global untuk menggalakkan kelestarian dan perlindungan alam sekitar, selari dengan matlamat SDG yang menyasarkan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab.

Antara hadiri yang hadir semasa program berlangsung

Explore More

UTM Open Day