KUALA LUMPUR , 25 Ogos – Kedutaan Jepun telah mengadakan sesi perbincangan antara Penasihat Sains dan Teknologi (S&T) kepada Menteri Luar Jepun, Prof. Motoko Kotani dengan Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, mantan Naib Canselor UTM dan Prof. Madya Dr. Ir. Nurulakmar Abu Husain, Dekan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM.
Sesi tersebut diadakan untuk mendapatkan maklum balas tentang polisi S&T dan kaitannya dengan kerjasama sntara Jepun dan Malaysia. Prof. Kotani turut berkongsi maklumat terkini tentang inisiatif SICORP, e-ASIA, and NEXUS, dan penggubalan “7th Science, Technology and Innovation Basic Plan”, inisiatif J-Rise dibangunkan oleh agensi RIKEN.
Prof. Dato’ Seri Zaini turut memaklumkan peranan institusi pendidikan tinggi (IPT) Malaysia dalam konteks “brain circulation” bersama IPT Jepun, khususnya menerusi MJIIT dan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia (UTMy).
Sesi itu turut dihadiri oleh En. Goh Peng Ooi, Alumni Universiti Tokyo dan Prof. Madya Dr. Roshafima Rasit Ali, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), MJIIT UTM.