May 28, 2025

2023 Year in Review

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Tiga pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terpilih telah dilantik sebagai Felo Perdana. Muhammad Badrul Amin Abdul Rashid, lepasan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) telah ditempatkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Sementara itu, Roshini, mahasiswi Sarjana Muda Sains Komputer (Bioinformatik) […]

SERDANG, 10 Sept. – Kecemerlangan barisan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi terbukti apabila inovasi Alat Kawalan Siput Gondang berjaya merangkul Johan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 yang telah berlangsung di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dari 5 hingga 7 September 2023. Pasukan UTM dibarisi oleh penyelidik-penyelidik Fakulti Kejuruteraan […]

“Sumbang saran dalam kalangan pemimpin-pemimpin universiti mampu menggalakkan lagi pertukaran buah fikiran dan pengalaman, sekali gus menjadi pemangkin kepada inovasi dalam memacu dunia kesarjanaan untuk bergerak lebih ke hadapan,” menurut Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kuala Lumpur, 4 Ogos – Dua penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dinobatkan sebagai Pemenang Utama dalam dua kategori berbeza dalam Anugerah Pengkomersialan Malaysia 2022 pagi tadi. Majlis yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Khairi bin Abu Husain, Timbalan Pengarah Pusat […]

JOHOR BAHRU, 10 Jul. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus menunjukkan kecemerlangan apabila kekal mengungguli tempat pertama dalam kalangan Universiti Awam (UA) di Malaysia bagi kategori Graduan Berpendapatan Premium (Ijazah Sarjana Muda) berdasarkan kepada Laporan Penuh Kadar Kebolehpasaran Graduan (GE) 2022 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 5 Julai 2023. Pencapaian ini sekali […]

GEORGETOWN, 27 Jun – Pelajar Universiti Teknologi Malaysia sekali lagi membuktikan bakat yang dimiliki tidak pernah luntur dalam menggenggam kecemerlangan akademik. Ini dibuktikan melalui kejuaraan berganda dalam Pertandingan Festival Kesenian Zapin 2023 (FEKAZ) dan Pertandingan Teater Ceritera Murba 2023 yang berlangsung Universiti Sains Malaysia (USM) selama dua hari bermula 25 Jun 2023. Menurut Timbalan Naib […]

BUKIT GAMBIR, 13 Jun – Dua pasukan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah muncul Johan dan Naib Johan di dalam pertandingan Robocon Malaysia 2023 yang diadakan di Kompleks Sukan Azman Hashim, Universiti Sains Malaysia pada 10-13 Jun 2023. Pasukan UTM terdiri daripada 28 pelajar dari tiga fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik (23 pelajar), Fakulti Kejuruteraan […]

ULU TIRAM, 15 Jun – Kelab Gerakan Pengguna Siswa UTM Johor Bahru telah menghantar dua orang peserta ke Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa Peringkat Kebangsaan 2023 (MPGPS 2023) yang telah diadakan pada 13 – 15 Jun 2023 bertempat di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor. MPGPS 2023 merupakan acara tahunan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh […]