April 13, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar UTM Gondol Tempat Teratas Pertandingan Rekabentuk Peta IGARSS

Oleh: Dr Alvin Lau Meng Shin dan Dr Zakri Tarmidi

Tiga orang pelajar daripada Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia telah berjaya menggondol tempat pertama hingga tempat ketiga dalam Pertandingan Rekabentuk Peta di International Geoscience and Remote Sensing Symposium (IGARSS).

Simposium ini adalah anjuran GeoScience and Remote Sensing Society (GRSS) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 17 hingga 22 Julai 2022..

Tempat pertama persebut tersebut iaitu bagi kategori Kolej/Universiti adalah dimenangi oleh pelajar Sarjana Sains Remote Sensing FABU, Siti Sarah Farhana Ahmad dengan petanya bertajuk “Global Coronavirus First Lockdown Map”.

Manakala, tempat kedua pula dimenangi oleh Maisarah Zulkifli, diikuti tempat ketiga oleh Nuraqeela Ariffin. Kedua-duanya merupakan pelajar tahun 4, Sarjana Muda Sains (Geoinformatik), FABU.

Ketiga-tiga pemenang telah dijemput menghadiri upacara penyampaian anugerah di Hotel Grand Hyatt pada 21 Julai 2022. Sijil Anugerah telah disampaikan oleh Dr David B. Kunkee, Presiden kepada GRSS.

Tahniah kepada pemenang!

3rd Prize Winner, Nuraqeela Arifin
2nd Prize winner, Maisarah Zulkifli
1st Prize Winner, Siti Sarah Farhana Ahmad

Explore More